Saturday, 22 December 2012

PRODUK Crepers dengan Perisa Baru!!

0 comments
Dulu Durian Crepe,

Kini Dengan Perisa Baru:



Blueberry


Jagung


So Nyummmmmyy~~~

Untuk Tempahan atau Pembelian: 012-9656989 (Syafiq)

RM 10/Sebekas (5 Biji)

Free Delivery @Kuala Terengganu Sahaja
Read more ...

Sunday, 25 November 2012

PRODUK Durian Crepe!!

0 comments

Durian Crepe Kini Tiba di Kuala Terengganu!!


Durian Crepe

Dengan kulit yang nipis dan isi durian yang manis, Durian Crepe Keluaran MSE Food House kini menerima tempahan yang tinggi daripada pelanggan kami.

So Nyuuummmyyy~~~


Untuk Tempahan:  012-9656989 (Syafiq)

RM 10 / bekas (5 Biji)

Free Delivery @ Kuala Terengganu Sahaja

Read more ...

Friday, 23 November 2012

JUALAN ke Kelantan??

1 comments
Yaaa!! Produk- produk MSE FOOD HOUSE seperti Rempah Ikan Bakar MSE, Rempah Gulai Nasi Dagang, Rempah Gulai Kawah telah berkembang ke Kelantan!!

Kepada ''Kelatanese'' @ penduduk Kelantan, boleh la mencuba Produk MSE FOOD HOUSE ini.

Sedap dan Wangi..


Read more ...

RESIPI Ayam Goreng Berempah MSE

0 comments

Ayam Goreng Berempah MSE
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Goreng sehingga separa masak.
  3. Masukkan REMPAH IKAN BAKAR MSE ke dalam kuali dan panaskan.
  4. Masukkan ayam dan gaul dengan sebati bersama REMPAH IKAN BAKAR MSE.
  5. Setelah sebati, sedia untuk dihidangkan. 

Read more ...

RESIPI Ikan Bakar MSE

0 comments

Bahan- bahan:
  • Sebarang jenins ikan, sotong, udang, ayam dll.
  • Daun pisang
  • REMPAH IKAN BAKAR MSE
Cara- cara:
  1. Sediakan daun pisang, letakkan REMPAH IKAN BAKAR MSE diatas daun pisang.
  2. Selepas itu, letakkan ikan di atas daun pisang itu.
  3. Sebelum balut, letakkan baki REMPAH IKAN BAKAR MSE itu di atas ikan tersebut.
  4. Balut dan Bakar.


Read more ...

RESIPI Acar Timun

0 comments

Bahan- Bahan:
  • 2 batang timun
  • 1 batang carrot 2 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah- mayang
  • 1cm halia- potong memanjang halus2
  • 1 suku garam
  • 1 sb gula
  • cuka masakan - dlm 1/4 cawan,

Cara-cara:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk
  2. Masukkan cuka secukup rasa. Gaulkan setiap 5 minit hingga rata.
  3. Sedia dihidang. Lebih enak di simpan selama 30 minit untuk rasa yang lebih enak.  


Read more ...

RESIPI Nasi Dagang

0 comments

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras wangi
  • 1 cawan beras pulut
  • 400 ml santan (2 kotak)
  • 3 biji bawang merah- mayang
  • 1 cm halia- mayang halus
  • 1 suku halba
  • Garam
  • Gula - sedikit
Cara-cara:
  1. Rendam beras sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Basuh, tos, dan kukus beras selama 5 minit.
  3. 100 ml santan di campur dgn 100 ml air masak untuk dijadikan santan cair. Gaul nasi dengan santan cair dan kukus hingga masak (bergantung pada kukusan)
  4. Baki santan (300ml) digaul bersama bawang, halia, halba, garam dan gula.
  5. Bila nasi masak, gaulkan dengan baki santan, dan kukus semula selama 5 minit.
  6. Sedia dihidang.


Read more ...

RESIPI Gulai Nasi Dagang MSE

0 comments

Bahan-bahan:

  • Santan(400ml)
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, dan 4 cm lengkuas di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering- potong, rebus, dan buang biji
  • 2-3 sudu besar REMPAH GULAI NASI DAGANG MSE
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • Sedikit nisan/ gula melaka
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 cm belacan
Cara-cara:
  1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dengan 1 liter air. Masak santan tersebut dengan api yang perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di 'blend' ke dalam santan.
  4. Cili kering di kisar dan di tumis dengan minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, Masukkan REMPAH NASI DAGANG MSE. Tumis sehingga naik minyak. (Boleh ditambah belacan)
  5. Bahan tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,nisan dan kerisik. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol dan asam keping turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  6. Masak sampai kuah agak pekat.


Read more ...

RESIPI Gulai Kawah MSE

0 comments
 Bahan-bahan :
  • 300-500 g daging lembu/ayam - dipotong ikut suka dan dicuci
  • 4 cawan santan
  • 2 cm halia - dimayang
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
  • 1/2 cawan cili kering
  • 4 sudu besar serbuk REMPAH GULAI KAWAH MSE - bancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 2 biji kentang - dibelah 4
  • 3 cm lengkuas - diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit
Cara-cara :
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan halia. 
  2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering. Masak hingga pecah minyak dan cili masak.
  4. Masukkan pes REMPAH GULAI KAWAH MSE dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging, asam keping dan sedikit gula. Masak hingga daging kecut.
  6. Masukkan santan dan garam. Masukkan juga kentang. Masak hingga naik minyak dan daging serta kentang empuk(lagi lama gulai di atas api, lebih banyak minyak yang naik dan lebih lembut daging). 
  7. Masukkan lengkuas ketuk tadi dan biarkan 15 minit sebelum menutup api.




Read more ...

Wednesday, 14 November 2012

PRODUK Biskut Kacang 'Cair dimulut,Kenyang diperut'

0 comments


Produk keluaran MSE FOOD HOUSE, sangat sedap di makan ketika beristirehat, bersantai bersama keluarga, boleh dijadikan snek harian dan dibawa ke pejabat. Terbukti ''Cair dimulut, Kenyang diperut"!!!!

Boleh didapati di kedai sekitar Kuala Terengganu.

Untuk Tempahan:
Syafiq (012-9656989)
Read more ...

PRODUK Rempah Gulai Nasi Dagang MSE

0 comments
REMPAH GULAI NASI DAGANG MSE  keluaran MSE FOOD HOUSE, telah mendapat sambutan di sekitar Kuala Terengganu.

Rempah Nasi Dagang (50g)






Read more ...

PRODUK Rempah Gulai Kawah MSE

0 comments
REMPAH GULAI KAWAH MSE keluaran MSE FOOD HOUSE.  Produk Rempah Gulai Kawah digaul dengan menggunakan resipi Warisan Melayu Sejati Terengganu.

Rempah Gulai Kawah 50g (Untuk 2-3kg Daging)


Sebarang tempahan, boleh hubungi 012-9656989 (Syafiq)

Read more ...

Monday, 5 November 2012

PRODUK Rempah Ikan Bakar MSE

0 comments
Produk baru keluaran MSE FOOD HOUSE iaitu Rempah Ikan Bakar MSE yang sedap lagi enak. Ia diproses di Kuala Terengganu dan baru saja diedarkan di sekitar Kuala Terengganu. Rempah Ikan Bakar MSE ini merupakan produk pertama yang dikeluarkan oleh Syafiq (Pembuat Rempah) dan telah mendapat 'feedback' yang baik dan telah berkembang dari 2 buah kedai kepada 9 buah kedai di sekitar Kuala Terengganu.



Rempah Ikan Bakar MSE ini mempunyai rasa pedas, manis yang secukupnya tanpa menggunakan belacan dan sangat sesuai dibakar dengan Ikan. Rempah ini juga boleh dimasak bersama-sama ayam goreng, kerang bakar, udang, sotong dll.


Jangan ragu-ragu lagi..Rempah Ikan Bakar MSE ini telah mendapat sambutan dan telah mendapat 'regular customer' setelah membeli Rempah Ikan Bakar MSE ini.

Harga: 200 g = RM 3.00


Syafiq (012-96565989)





Read more ...