Friday, 23 November 2012

RESIPI Gulai Nasi Dagang MSE


Bahan-bahan:

  • Santan(400ml)
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, dan 4 cm lengkuas di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering- potong, rebus, dan buang biji
  • 2-3 sudu besar REMPAH GULAI NASI DAGANG MSE
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • Sedikit nisan/ gula melaka
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 cm belacan
Cara-cara:
  1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dengan 1 liter air. Masak santan tersebut dengan api yang perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di 'blend' ke dalam santan.
  4. Cili kering di kisar dan di tumis dengan minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, Masukkan REMPAH NASI DAGANG MSE. Tumis sehingga naik minyak. (Boleh ditambah belacan)
  5. Bahan tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,nisan dan kerisik. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol dan asam keping turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  6. Masak sampai kuah agak pekat.


0 comments:

Post a Comment